Pada Sabtu (23/2/2019) yg lalu, berlangsung majlis sederhana penuh manfaat buat muslim Cambodia. Tim Relawan YDH mengagihkan lebih 1000 buah naskah kitab wakaf “Khasful Ghoibiyyah” bagi ibu-ibu kelas pengajian agama di Kampung Rokapram Kemboja. Turut diagih kopiah putih sebanyak 250 biji. Kelas ini merupakan selian penuh YDH dan Pengurusan Madrasah Darussalam. Madrasah Darussalam merupakan madarasah seliaan Yayasan Darul Hijrah dan saban tahun program Qurban& Aqiqah diurus di sini, Utk rekod, kitab yang diagihkan ini merupakan kitab terjemahan ke 3 selepas Al-quran terjemahan Bahasa Champa & Kitab Muhimmah.

Kitab setebal 162 muka surat ini bakal dibaca, dikaji dan dihadam hingga ke muka surat akhir dan seterusnya diwariskan kepada generasi seterusnya. Moga Allah sahaja yang dapat membalas jasa para pewakaf. Melihat pada riak wajah dan komitmen para ibu di sini, kami yakin generasi baru muslim bakal menerima manfaat terbesar. Sejak usaha penterjemahan dilakukan ke bahasa mereka sendiri, semakin ramai yang boleh membaca dan pertambahan para pelajar sehingga mencecah seribu seratus pada satu-satu masa. Kelas pengajian berlangsung setiap hari kecuali Jumaat & Sabtu bermula jam 9 pagi hingga 11 tengah hari. Moga usaha kecil Tuan Puan berwakaf bakal menerangi kehidupan saudara kita bak mentari pagi yang muncul menerangi alam.

Dalam perkembangan yg sama, asrama putri Darussalam telah dibuka bagi menempatkan para pelajar putri peringkat menengah yang tinggal berjauhan. Asrama ini telah dilengkapkan fasiliti asas cuma tinggal sediki sahaja yang diperlukan.

Hasil tinjauan kami perkara yang mendesak untuk keselesaan anak-anak ini ialah tilam, bantal dan selimut. Kami pelawa rakan-rakan YDH yg diberi sedikit kelebihan rezki untuk menyumbang 30 set yang setiap set hanya RM 100 sahaja.

Jika Tuan Puan berhajat untuk menyampaikan sedikit sumbangan,boleh terus disalurkan ke akaun :

Yayasan Darul Hijrah
Maybank: (5660 1060 9934).
.
Email: admin@yayasandh.com utk urusan resit.

atau klik link ini untuk berinfaq :

https://www.billplz.com/3kom29mh0

Whatsapp Hotline YDH: 018-3590403

Sekretariat Kebajikan & Kemanusiaan Yayasan Darul Hijrah