kl

Kemboja, negara unik yang perlu dibantu. Umat Islam di sana minoriti dan perlu suntikan semangat terutama pembangunan pendidikan.
Sewaktu Hari Raya Aidiladha, Yayasan Darul Hijrah berkunjung ke Maahad Tahfiz Quran Darussalam Rakapram Kemboja untuk menjayakan Majlis Korban YDH, kami dapat merasakan masih banyak kemudahan pendidikan yang dapat disediakan buat anak-anak di sana. Maahad Tahfiz Quran Darussalam Rakapram merupakan sekolah angkat YDH.

Mudir Maahad, Ustaz Romli menyuarakan hasrat orang kampung dan warga Muslim Kemboja untuk memliki sebuah perpustakaan yang berfungsi menjadi pusat rujukan ilmu.

Tingkat pertama dicadang untuk tempat muzakarah/mesyuarat alim ulama dan manakala tingkat dua dijadikan tempat rujukan dan pusat terjemahan kitab ke bahasa Kemboja, pasti ia akan memberi manfaat tidak terhingga buat mereka dan juga masyarakat setempat di sana.
Perpustakaan ini juga bakal menjadi tempat perjumpaan para ulama dan menjadi pusat terjemahan buku-buku dan kitab-kitab ke bahasa Kemboja.

ki ko

Mahukah Tuan/Puan melihat hasrat membina Maktabah ini menjadi kenyataan? Kami berbesar hati membuka tabung wakaf untuk membina Maktabah ini dengan lakaran cadangan yang disedia pihak Maahad Tahfiz seperti di bawah.

InsyaAllah sumbangan Wakaf Tuan/Puan bakal menjadi baja kebaikan dan pahala yang bertaburan di serata bumi Kemboja dan memberi manfaat yang tiada taranya buat anak-anak hafiz dan masyarakat Kemboja.

Anggaran kos keseluruhan bagi menjayakan pembinaan Maktabah ini dan pembelian kitab ialah RM 300,000. Wakaf yang telah diterima sehingga kini berjumlah RM 900.

Bagi rakan-rakan yang ingin ikut menderma dan menyokong usaha mulia ini boleh berbuat demikian melalui # WAKAF MAKTABAH KEMBOJA ke :

ikl

dan email maklumat sumbangan # WAKAF MAKTABAH KEMBOJA ke darulhijrahmalaysia@gmail.com atau WhatsApp slip sumbangan ke 018-359 0403 untuk tujuan resit, rekod dan audit.

Sekretariat Kebajikan dan Kemanusiaan
Yayasan Darul Hijrah

“DA’WAH & HUMANITARIAN”

Rasulullah SAW telah berjanji dengan sabdanya: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambah dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya.” (Riwayat Muslim).

Klik SHARE hebahan ini untuk makluman rakan-rakan.