Berkat sokongan dan dokongan sahabat-sahabat penderma Yayasan Darul Hijrah, pembinaan rumah kekal mangsa banjir di Kg. Manjor, Kuala Krai telah hampir siap sepenuhnya. Selain terlibat aktif dalam pelbagai program pasca banjir mega Kelantan dan membaiki ratusan buah rumah, di kampung ini sahaja, kita telah berjaya membina 10 buah rumah yang nilainya mencecah RM 500 ribu. Dalam pada itu, kita telah menggiatkan pebagai aktiviti kebajikan ke pelbagai negeri sehingga ke Kuching, Sarawak.

nh

no hy

ik

Untuk fasa seterusnya, pihak Yayasan Darul Hijrah merancang untuk mengukuhkan lagi Sekretariat Kebajikan dan Kemanusiaan YDH. Bagi tujuan ini, pihak YDH merancang untuk memilliki sebuah kereta 4wd. Alhamdulillah, YDH telah menerima tawaran dari seorang dermawan untuk membeli sebuah kereta 4wd terpakai dengan hanya RM 15,000 sahaja bagi kegunaan Yayasan Darul Hijrah. Untuk rekod, Yayasan Darul Hijrah masih belum memiliki kereta rasmi.
Dengan memiliki kereta ini, usaha sukarelawan YDH bagi menghulurkan bantuan kebajikan dan kemanusiaan dapat digiatkan lagi dengan lebih efektif.

Bagi rakan-rakan yang ingin ikut menderma dan menyokong usaha YDH ini boleh berbuat demikian melalui WAKAF KERETA YDH :

Akaun Maybank
Yayasan Darul Hijrah
5660 1060 9934

dan email maklumat sumbangan # Wakaf Kereta YDH ke darulhijrahmalaysia@gmail.com atau WhatsApp slip sumbangan ke 018-359 0403 untuk tujuan rekod dan audit.