
Alhamdulillah, pada Sabtu yang lalu, Yayasan Darul Hijrah telah menyampaikan sumbangan infaq kain batik kepada pelajar perempuan dewasa Madrasah Darussalam Rokapram Cambodia.
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sehahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan suatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Al-Imran: 92)
Sehubungan dengan ini, pihak YDH ingin dengan seikhlas hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan/Puan yang sudi berinfaq dan menyumbang dalam usaha ini.
Dalam masa yang sama, pihak YDH turut menyempurnakan pembelian waqaf tanah, penajaan maulidur rasul dan penajaan beras bagi asrama wanita. Bagi rakan-rakan YDH yang ingin turut serta menyumbang dengan sebarang aktiviti YDH boleh berhubung dengan pihak kami.
Semoga Allah membalas kebaikan Tuan/ Puan dengan limpahan rezeki dan rahmat-Nya. Amin π€²π»βΊ
Sekretariat Kebajikan & Kemanusiaan Yayasan Darul Hijrah.
Isnin, 11 November 2019 π±