Tujuan Penubuhan Yayasan
· Menyusun, menganjur dan melaksanakan pelbagai program yang berkaitan dengan visi & misi Yayasan Darul Hijrah
· Melaksanakan usaha untuk meningkatkan tahap pendidikan dan kehidupan masyarakat berlandaskan kepada nilai-nilai teras kerukunan Islam secara professional
Memasyarakatkan ilmu. Memasyarakatkan ilmu boleh dianggap sebagai satu proses menyebarkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat agar mereka dapat memanfaatkannya untuk kegunaan masyarakat. Atau proses mempermudahkan ilmu pengetahuan agar dapat diakses, dikongsi dan dimanfaatkan oleh masyarakat pada kadar yang lebih optimum dan maksimum.
· Platform untuk mengaktifkan semangat kesukarelaan dan saling bantu membantu di dalam kehidupan bernegara.
Objektif Penubuhan Yayasan
1) Membantu meringankan kesusahan golongan miskin, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), pelajar, anak yatim, dan keluarga yang ditimpa kesusahan yang memerlukan bantuan makanan, kewangan, keperluan kebajikan dan pendidikan tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.
2) Meningkatkan tahap kemajuan dan pengembangan pendidikan warganegara Malaysia terutama pelajar pedalaman, mahasiswa dari keluarga berpendapatan rendah dan orang awam yang bertemakan keharmonian, ekonomi, keagamaan, alam sekitar, sosial, dan kemahiran teknikal.
3) Menganjurkan aktiviti keagamaan dan sambutan perayaan Islam dan kebudayaan kaum kepada golongan belia, miskin, dan penghuni rumah kebajikan selaras dengan semangat Islam sebagai agama persekutuan melalui aktiviti mingguan, bulanan dan tahunan.
Visi :
Menjadi organisasi kebajikan utama dalam negara yang memperjuangkan nasib golongan susah dan menyumbang melalui pelbagai aktiviti ke arah pembentukan masyarakat berpendidikan, saling tolong menolong dan proaktif meringankan beban kemanusiaan.
Motto :
Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan
Misi :
Menjadi satu Yayasan kebajikan dan pendidikan yang aktif serta terkenal dengan aktiviti membangun masyarakat di negara dan rantau Asia Tenggara.
MOTIVE OF INCORPORATION
To organize, sponsor and activate various programs, which are directly or indirectly linked to YDH’s mission and vision.
To perform efforts to elevate the status of education and the quality of life of the society on the whole based on the core values of Islam.
To collect donations and contributions from the public in order to ensure smooth implementation of the planned activities.
As a platform to inculcate and nurture the charitable spirit and willingness to take part in volunteer works
VISION
Being one of the leading non-profit organization which champions the fate of the under privileged group and to contribute through various activities to shape an educated community who are sympathetic, willing to help one another and proactive in lightening up the burden of mankind.
MOTTO
Da’wah and Humanitarian
MISSION
To become an active and well-known charitable organization in the country and in South East Asia region.