Yayasan Darul Hijrah (DH) adalah sebuah yayasan yang berorentasikan kebajikan, pendidikan, dan keagamaan tanpa bermatlamat keuntungan. Yayasan ini ditubuhkan untuk maksud kebajikan yang memberi manfaat kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan, Aktiviti utama Yayasan Darul Hijrah (DH) adalah untuk mendidik masyarakat Malaysia mengenai kepentingan saling menghulur bantuan, mengingkatkan taraf pendidikan dan menguatkan elemen kerohanian. Dengan menggabungkan ketiga-tiga elemen ini diharapkan dapat melahirkan warganegara Malaysia yang berperadaban tinggi yang hidup makmur di dalam negara bertuah ini.

Mengambil inspirasi daripada peristiwa Hijrah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang berhijrah dari Makkah ke Madinah maka lahirlah cetusan idea untuk menubuhkan Yayasan Darul Hijrah. Inspirasi ke arah kebaikan atau lebih baik sinonim dengan kata kunci Hijrah. Hijrah yang dimaksudkan bukan dari sudut fizikal tetapi hijrah dari sudut dalaman ke arah meningkatkatkan tahap keilmuan, semangat prihatin dan menguatkan elemen keagamaan.

Dalam Bahasa Arab, Darul bermaksud rumah, kawasan, ruang atau negeri. Dalam hal ini, darul telah diperluaskan maknanya menjadi ruang. Oleh itu, apabila digabungkan perkataan Darul dan Hijrah ia membawa maksud ruang yang senantiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan. Sehubungan itu, Yayasan Darul Hijrah (DH) ialah manifestasi kepada badan yang senantiasa menyediakan ruang mahupun harapan untuk masa depan yang lebih baik.

Idea Penubuhan Yayasan

Idea penubuhan Yayasan ini tercetus dari keprihatinan dan rasa tanggung jawab pengasas yang prihatin terhadap golongan yang amat memerlukan bantuan perkhidmatan kebajikan, pendidikan dan keagamaan khususnya kepada masyarakat dan negara.

 

Leave a Reply