Program Iftar Kasih Ramadhan 201

Ingin Pahala Berlipat Kali Ganda di Bulan Ramadhan?? 🌙⭐

Kini tawaran penajaan bagi Program Iftar Kasih Ramadhan 1440H/2019 dibuka untuk rakyat Malaysia!

Sempena Bulan Ramadhan 1440H, Yayasan Darul Hijrah (YDH) akan menganjurkan “Program Iftar Kasih Ramadhan 1440H/2019”. Program ini merupakan program pertama kali diadakan untuk 60 orang pelajar dewasa wanita yang terdiri daripada keluarga fakir miskin di Sekolah Darulhijrah di Kemboja. 🧕🏼🏫

Penajaan bagi program berbuka puasa ini adalah sebanyak RM 4⃣0⃣0⃣ sahaja pada satu malam iftar. Kos ini digunakan untuk membeli bahan-bahan memasak dan akan dimasak sendiri oleh pihak Madrasah Darussalam Rokapram Kemboja secara gotong-royong. Tawaran penajaan ini dibuka untuk 3⃣0⃣ hari berpuasa.

Sehubungan itu, sama-samalah kita tingkatkan lagi usaha kita untuk beramal dan bersedekah kepada mereka yang memerlukan pada tahun ini sesuai dengan hadis Nabi SAW:
“Barangsiapa yang memberikan makanan untuk berbuka kepada yang puasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang puasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Jom kita jadikan Bulan Ramadhan sebagai momentum untuk terus melakukan kebaikan!💫

✅Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk mengisi borang online di bawah ini.
👉https://forms.gle/8SrxHwh65PzuK9HE9

✅Sumbangan boleh dibuat di:-Yayasan Darul Hijrah
Maybank: (5660 1060 9934)
Email: admin@yayasandh.com untuk urusan resit pembayaran.
(Sila nyatakan nama serta slip pembayaran kepada pihak YDH)
* PASTIKAN MENERIMA RESIT RASMI DARI YDH APABILA PEMBAYARAN TELAH DIBUAT*

Sebarang pertanyaan, boleh WhatApps di Hotline YDH: 018-3590403.

“AYUH MENGEPUNG DUNIA DENGAN KEBAIKAN”