Anjuran: Yayasan Darul Hijrah, Ngo Royalti dan Misi Banjir Mahasiswa (MBM)

Tarikh: 14 – 21 Januari 2015

Bilangan peserta: 250 orang seluruh Negara.

Lokasi Operasi:

1. Kg Peria, Kuala Krai – Pusat Operasi

2. Kg Pahi, Kuala Krai

3. Kg Manik Urai Lama, Kuala Krai

4. Kg Manik Urai Baru, Kuala Krai

5. Kg Ragu, Kuala Krai

6. Kg Manjor, Kuala Krai

7. Kg Karangan, Kuala Krai

8. Kg Laloh, Kuala Krai

9. Kg Pasir Tumboh, Gua Musang

10. Kg Lebir, Gua Musang

11. Kg Aring, Gua Musang

Aktiviti

1. “Kampung Angkat” – menjadikan Kg Manjor sebagai Kg Angkat dengan aktiviti utama program berfokus di Kg Manjor seperti membersih Masjid Manjor, rumah-rumah mereka yang terkena musibah banjir.

* Diberi fokus kerana banyak banyak tenaga sukarelawan luar bertumpu kepada Kg Manik Urai Lama, hingga terlepas pandang Kg Manjor yang 90 peratus buah rumah rosak dan dihanyutkan air daripada 140 buah rumah dengan bilangan lebih 500 penduduk. Waktu banjir penduduk disini berpindak ke atas bukit selama 4 hari.

2. “Ops Cahaya” – membekalkan Genset, pendawaian dan mentol untuk membekalkan elektrik bagi menghidupkan lampu-lampu di kawasan kampung selepas 3 minggu bergelap.

3. “Ops Bersih” – Membersihkan Masjid hingga masjid boleh digunakan bagi solat Jumaat, membersihkan rumah kediaman dalam 7 -10 buah sehari, membersihkan kawasan Sekolah Kebangsaan Pasir Tumboh dengan kerjasama Kelab Cakna UT dan peralatan-peralatan di rumah.

4. “Ops Basmi Kuman” – Di Kampung Manik Urai, Kuala Krai dengan kerjasama 5 buah kenderaan 4×4 yang lengkap peralatan dari Team Lestari Alam: Anti Pathogen & E-Coli East Cost Disaster Watch sebuah NGO yang membuat semburan anti kuman di lokasi sampah sarap berberapa buah kampung di DUN Manik Urai. Selepas selesai, kami juga disumbangkan oleh Pak Faisal Ks selaku pengarah program:

* 100 liter Biostar

* 20 liter Molases

* 2 tong biru

* 1 enjin menyedut air elektrik

Kami mengesa pihak berwajib hantar bantuan segera, sebelum ia jadi Punca Penyakit pasca banjir seperti Kencing Tikus, Taun dan Malaria. Kerana sudah dilaporkan kes kencing tikus di Kelantan meningkat 3 kali ganda pasca banjir oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

5. “Ops Air” – Khas untuk Kampung Ragu yang belum terima bantuan terutama bekalan air untuk membersihkan rumah, pakaian, kenderaan dan semuanya bergantung kepada sungai. Pihak kami telah menyedut air sungai dan diagihkan kepada penduduk. Surau Kg Ragu juga dibersihkan.

6. Program “Sahabat PASTI” – Sukarelawan pergi membersihkan sekolah Pasti khas untuk membantu kanak-kanak yang berumur bawah 7 tahun, kerana risau jangkitan penyakit dan sebagainya. Pihak kami telah membersih dan mengecat berberapa buah pasti di Kg Manik Urai Baru, Manik Urai Lama, Laloh, dan Kg Ragu. Untuk pasti-pasti lain R telah pergi membuat tinjauan bagi membantu memberikan tikar getah dan meja bagi membantu pihak PASTI dapat memulakan persekolahan seawal mungkin.

6. Progam “Imarah Masjid” – Mengadakan bacaan Yassin, Tahlil, Doa Selamat dan memberikan Naskah Al-Quran kepada semua rumah di Kg Manjor bagi mendekatkan diri mereka yang terkena musibah banjir mendekatkan diri kepada Allah Swt.

7. Kajian Perniagaan Lemang penduduk Kg Manik Urai,

Analisis Kedai Lemang

Jumlah kedai: 23 buah

Jumlah kedai buka: 11 buah

Jumlah kedai belum buka: 9 buah

Jumlah kedai rosak teruk: 4 buah

Peratus kedai buka: 47.8%

19 Jan 2015

*** Data ini saya berikan kpd Yayasan Darul Hijrah dan dapat info (melalui FB Dato Husam Musa) mereka akan cuba bantu hidupkan kembali Ekonomi mereka yang terkena musibah banjir di Kuala Krai. Para peniaga disini, w/pun mereka kedai di tepi jalan, ada yg terkena tempias banjir dan juga tidak, tetapi rumah kediaman mereka mmg dinaiki air bah.

8. Program agihan barang2 sumbangan seperti khemah, dapur, tong gas, pakaian, pakaian solat, makanan, toto, selimut, pakaian sekolah, kepada semua kampung yang disebutkan.

9. “Dapur Royalti” – Program khas penyediaan makanan untuk mereka yang terkena Musibah Mega Banjir dengan memasak untuk 500 orang setiap hari, dengan semua makanan dimasak di Kota Bharu bagi memastikan tahap kebersihan yang terbaik untuk petugas dan mereka yang terkena musibah. Ia dikendalikan sendiri oleh Presiden R, Hj Nazri Deraman II. Program ini bermula selepas banjir di Kuala Krai surut iaitu 29 Disember dan diteruskan hampir setiap hari hingga sekarang.

10. Memberikan khemah sementara kepada 10 buah keluarga di Kg Lebir, Gua Musang dan memberikan peralatan asas seperti tong gas, dapur, toto di Kg Aring, Gua Musang bersama Yayasan Darul Hijrah dan NGO Pasir Puteh dan Johor yang diketuai oleh Hj Abdul Shakur Sharrie, Timbalan Pengerusi Pertubuhan R Kelantan

11. Penutup program dengan kami menjemput YB Dato Husam Musa, selaku penaung kehormat Yayasan Darul Hijrah untuk memberikan ucapan penutup, disertakan link video untuk rakan-rakan ambil maklumat sangat berharga: https://www.youtube.com/watch?v=_E9smGntvnU&feature=share – Mega Banjir – Pengajaran dari Sejarah Nabi Nuh AS. YB Abe Uji, Adun Manik Urai dan YB Dr Hatta Ramli juga sempat mengziarahi dan bersama-sama kami dalam program yang diadakan.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua petugas R, YDH dan MBM, Imam, Siak Masjid Kg Peria, sukarelawan Mahasiswa seluruh Negara dari MBM, Unit Jabatan Amal Kuala Krai kerana sudi meminjamkan dapur, membantu mengenalpasti Pasti rosak dan semua penduduk kampung terlibat secara langsung atau tidak. Moga usaha kita diberkati Allah dan menjadi titik tolak pembinaan tamadun baru pasca banjir.

Disediakan oleh:

Syam Ghaz

Koordinator Bersama Program

Setiausaha Pertubuhan R Kelantan.

Jeming Hassan

Koordinator Bersama Yayasan Darul Hijrah

Khairol Najib Hashim

Pengarah Misi Banjir Mahasiswa – MBM

23 Januari 2015