Alhamdulillah, pada 17 Disember 2019 lalu telah berlangsung Program Coding for Kids anjuran Yayasan Darul Hijrah yang bertempat di Pejabat YDH, Putrajaya. Program ini bersempena musim cuti sekolah dan telah disertai seramai 10 orang pelajar yang berumur 10 ke 12 tahun.

Melalui pelbagai aktiviti interaktif yang dikendalikan oleh Encik Nazril selaku pelatih program Coding for Kids, peserta-peserta mendapat pendedahan awal kepada dunia teknologi maklumat seperti perkakasan dan pengaturcaraan. Selain itu, para peserta berpeluang menulis program mengikut kreativiti mereka sendiri berdasarkan sesi latihan β€˜coding’ diberi.

Kesemua peserta memberikan maklum balas yang sangat positif setelah sesi latihan berakhir. Para berserta :

”Best, belajar benda baru. Kalau adik lelaki saya datang juga mesti dia suka.” – adik Fahima Zahra πŸ§•πŸ»

”Seronok, dapat kawan baru, belajar buat arahan untuk game.” – adik Aqil Zehni πŸ‘¦πŸ»

”Best, sekarang dah tahu cara buat β€˜code’, nanti dah boleh buat sendiri kat laptop.” – adik Muhammad Aqil πŸ‘¦πŸ»

Sesi program berakhir dengan penyampaian sijil penghargaan kepada setiap peserta, diikuti solat fardu secara berjemaah bersama-sama para peserta.

Pihak YDH mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang menjayakan program ini; ibubapa, para peserta, pelatih dan juga pihak yang tidak terlibat secara langsung.

Sekalung penghargaan juga buat para penaja YDH yang melancarkan lagi program ini. Diharapkan program ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang jika diberi peluang dan kesempatan, InsyaAllah. 😊🀲🏻

Sekretariat Kebajikan & Kemanusiaan Yayasan Darul Hijrah
20 Disember 2019 🌱