r

Segala puji bagi Allah swt, berkat sokongan dan dokongan sahabat-sahabat penderma Yayasan Darul Hijrah, pembinaan rumah kekal mangsa banjir di Kg. Manjor, Kuala Krai dan Dabong, Gua Musang telah siap sepenuhnya.

Orang kampung yang terkesan dek banjir mega 2014 telah selamat menduduki rumah yang dibina ini. Rumah yang dibina ini merupakan rumah dibawah tanggungjawab YDH melalui penyelarasan dengan pihak kerajaan dan orang kampung. Selain terlibat aktif dalam pelbagai program pemulihan pasca banjir mega Kelantan dan membaiki ratusan buah rumah, YDH telah berjaya membina 12 buah rumah kekal yang nilainya mencecah lebih RM 500 ribu.

Majlis akan diadakan pada :

Jam 2:30pm Jumaat (4 Disember 2015/22 Safar 1437H)
Tempat : Perkarangan Masjid Manjor, Kuala Krai Kelantan

p

o

Rumah yang berjaya dibina ini, bukan rumah YDH tapi rumah kita bersama yang merupakan hadiah terbaik buat saudara kita yang dalam kesusahan. Rumah ini dibina hasil sumbangan orang ramai melalui Yayasan Darul Hijrah. Sebagai sebuah badan kebajikan berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri ia mengorak langkah menabur kebajikan untuk semua tanpa mengira batas kaum dan warna politik. Dalam pada itu, YDH telah berjaya menggerakkan pelbagai aktiviti kebajikan terus kepada sasaran di pelbagai negeri sehingga ke Kuching, Sarawak.
Untuk fasa persiapan banjir, pihak Yayasan Darul Hijrah merancang untuk mengukuhkan lagi Sekretariat Kebajikan dan Kemanusiaan YDH.

Antara persiapan YDH menghadapi musim tengkujuh ialah:
1) Kit Kecemasan & Makanan
2) Buku Panduan Kecemasan
3) Pengkalan Hadapan ( Stor simpanan makanan)
4) Latihan Relawan YDH

Justeru itu, bagi rakan-rakan yang ingin ikut menyokong usaha YDH ini boleh berbuat demikian melalui sumbangan ke tabung Kebajikan dan Kemanusian YDH atas tagline INFAQ YDH :

Akaun Maybank
Yayasan Darul Hijrah
5660 1060 9934

dan email maklumat sumbangan # INFAQ YDH ke admin@yayasandh.com atau WhatsApp slip sumbangan ke 018-359 0403 untuk tujuan rekod dan audit.
Melalui sumbangan rakan-rakan, insyaAllah memberi manfaat kepada ramai orang dan terus kepada yang memerlukan.
Semoga dimurahkan rezki dan dipermudah segala urusan oleh Allah swt.

Mohon share khabar ini.
Terima kasih.

Sekretariat Kebajikan & Kemanusiaan
Yayasan Darul Hijrah

Da’wah & Humanitarian