January 9, 2017 Comments are off YDH

KAFALAH AL AITAM/PROGRAM TAJAAN ANAK YATIM – SYRIA

Mungkin kita tidak mampu, tetapi ramai kenalan kita yang mampu.

Siapa sedia taja 50 USD per month untuk mereka? Komitmen minimum setahun secara bulanan dan yang terbaik hingga usia mereka 15 tahun.Kira jadi macam Papa atau Mama angkat. Boleh ziarah mereka di asrama kami di Istanbul yang bakal beroperasi hujung Januari ini.

Kami mulakan dengan 40 orang sahaja dulu.
15 sudah ditemui Papa & Mama angkatnya.

+++++

KAFALAH AL AITAM/PROGRAM TAJAAN ANAK YATIM – SYRIA

Nabi s.a.w menyebut :
‘Saya dan orang yang melaksanakan kafalah/pembiayaan/penjagaan anak yatim seperti dua ini (di syurga nanti). Lalu Nabi mengisyaratkan kepada dua jari nya yang mulia.’

Berdasarkan hadis yang agung ini, Yayasan Darul Hijrah (YDH) mengajak rakyat Malaysia khususnya menyertai program KAFALAH AL AITAM – SYRIA. Membiayai kehidupan anak-anak yatim Syria.

Kos setiap seorang adalah USD 50 sebulan meliputi makan minum dan tempat perlindungan.

Senarai penuh setiap anak yatim ini akan kami siarkan selepas proses terjemahan siap.

Program ini dilaksanakan bersama Omari Orphan Society for Syria yang berpusat di Istanbul.

Sebahagian anak yatim ini adalah yatim piatu kerana kedua ibu bapa mereka terbunuh.

Anak-anak Syria antara paling menderita di dunia pada hari ini.

Bila anda mengambil mereka sebagai jagaan anda menerusi pembiayaan ini, anda boleh PERSONALIZE anak-anak ini seperti anak anda, walau pun mereka berada jauh. Anda boleh memantau perkembangan mereka, kesihatan dan pembelajaran mereka atau melawat mereka bila keadaan mengukuhkan.

Hubungi segera Yayasan Darul Hijrah di talian 018-3590403 untuk mendaftar. Tinggal ruang untuk 25 orang penaja sahaja.

Klik SHARE untuk bantu sebarkan Misi Kemanusiaan ini !!!

15826637_1423613237657246_6338825933418057633_n

About Author

YDH

Connect with Me:

Theme Settings