Kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia πŸ“ baru-baru ini terhadap sejumlah 26,000 mahasiswa di enam universiti awam mendedahkan fakta yang mengejutkan.

Lebih separuh daripada responden hanya mampu memperuntukkan RM5 πŸ’΅ sehari untuk makanan, dan bergantung dengan mi segera 🍜 sebagai makanan rutin mereka.

Isu kebajikan mahasiswa yang kurang berkemampuan ini sudah lama berlarutan dan semakin serius. Majoriti mahasiswa yang tergolong dalam kategori BL40 ini berdepan kesulitan dalam urusan kos sara hidup dan juga pembayaran yuran pengajian.

Sehubungan dengan itu, atas rasa prihatin pihak Yayasan Darul Hijrah bercadang menubuhkan satu tabung kebajikan untuk membantu para mahasiswa ini.

Tabung ini terbuka kepada umum dan setiap sumbangan akan disalurkan kepada mahasiswa-mahasiswa yang memerlukan samada universiti awam/swasta bagi memudahkan urusan pengajian mereka.

Tuan/Puan yang berniat untuk menyumbang boleh menyalurkan bantuan melalui:

1) Klik pautan : http://www.billplz.com/tabungmahasiswa

Atau

2) Disalurkan kepada akaun

Maybank: (5660 1060 9934).
Yayasan Darul Hijrah

Emel: admin@yayasandh.com utk urusan resit.
Dan maklumkan ke :
www.wasap.my/60183590403

β€œSesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.” – Riwayat al-Tirmizi 🀲🏻

Sekretariat Kebajikan & Kemanusiaan Yayasan Darul Hijrah
20 Disember 2019 🌱