INFAQ: BENGKEL MOTORSIKAL BUAT ADIK NIK

Sebagai anak lelaki tunggal Nik Masku Hairi 20 tahun atau lebih dikenali adik Nik terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Adik Nik terus tinggal bersama ibunya dan menjaganya apabila kakak dan adiknya masih belajar.

Adik Nik merupakan anak tunggal lelaki dan merupakan anak ke dua dari 3 orang adik beradik. Ibunya kini ditahan di Hospital Besar Kota Bharu kerana penyakit kencing manis yang kronik.

Adik Nik terpaksa mengalas tanggungjawab yang besar menjadi ketua keluarga. Adik Nik mengambil upah membaiki kenderaan secara kecil-kecilan. Adik Nik mempunyai kemahiran membaiki motorsikal namun tidak dapat berkerja jauh dari rumahnya kerana menjaga ibunya yang sedang sakit.

Adik Nik mempunyai cita-cita untuk membuka bengkel di hadapan rumahnya untuk menambah pendapatan dengan membaiki motor yang rosak dan pada masa yang sama boleh menjaga ibunya di rumah.

Yayasan Darul Hijrah, telah menziarahi ibu dan Adik Nik di Chabang Tiga Pengkalan Chepa, Kelantan. Kelihatan bengkel adik Nik masih kekurangan peralatan dan kami berpeluang melihat sendiri kobolehan adik Nik membaiki motosikal. Walau dengan peralatan yang terhad namun Adik Nik mampu membaiki motorsikal yang rosak.

Masih banyak barang keperluan bengkel yang perlu ditambah untuk memajukan bengkel dan membantu meringan beban adik Nik sekeluarga. Mengambil kata pepatah lama Cina

“Berikan seseorang seekor ikan, dan anda memberinya makan untuk sehari. Tetapi ajarkan seseorang untuk menangkap ikan, dan anda memberinya makan untuk seumur hidup.”

Justeru YDH membuat keputasan membantu membelikan peralatan bengkel buat adik Nik.

12238396_1101520069866566_1229317511309833615_o

Diantara keperluan adik Nik untuk memajukan bengkelnya ialah;

1. Spanar biasa
2. Spana Soket (Spanner Box)
3. Pam angin
4. Pengapit G
5. Drill
6. Mesin canar

Adik Nik merupakan anak yang soleh dan memerlukan kasih sayang anda untuk membantu meringankan nasib yang dialami keluarganya.

12239973_1101519299866643_8789014577724721474_n

Kami Yayasan Darul Hijrah (YDH) ingin memberi peluang kepada para sahabat YDH untuk bersama-sama menjayakan projek membantu adik Nik dengan menyediakan sumber ekonomi dengan membantu memperluaskan dan mengembangkan bengkel beliau.

Rakan-rakan yang ingin menyalurkan sumbangan BANTU ADIK NIK bolehlah berbuat demikian melalui sedekah, infaq, dan zakat ke akaun Maybank :
Yayasan Darul Hijrah
5660 1060 9934 (Maybank)

# Mohon setiap sumbangan dimaklumkan atas tagline BANTU ADIK NIK dan slip sumbangan di wassap ke talian YDH; 018-359 0403 atau melalui email darulhijrahmalaysia@gmail.com untuk tujuan rekod dan audit.

Mohon kongsikan/share di wall Fb rakan-rakan semua.

Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.
Riwayat Muslim

12279158_1101519383199968_4965502590932891767_n

Sekretariat Kebajikan & Kemanusiaan
Yayasan Darul Hijrah



About Author

YDH

Connect with Me:

Theme Settings