Syukur kepada Allah, sekumpulan Alumni MRSM berjaya mengumpul wang menjayakan impian Kak Zu. Pihak YDH menjadi orang tengah yang mengurus sumbangan dan YDH menyumbang peralatan serta modal niaga untuk Kak Zu.
Penyerahan motor ini, dalam minggu ini.

a

Saya perlu motor roda tiga – Saya perlu motor roda tiga
“Saya perlu motorsikal roda 3, untuk memudah menghantar anak ke sekolah”

Kak Zu daripada Gerong, Palekbang kehilangan kedua-dua belah kakinya akibat dilanggar kereta api. Mempunyai 4 orang anak dan dalam proses perceraian.

Salah seorang anaknya Ruhana seakan mengerti apabila ibunya menitis air mata. Ruhana akan memeluk ibunya dan cuba menenangkan ibunya yang terlalu sedih mengenangkan nasibnya. Nama Ruhana diberi Kak Zu sempena seorang dermawan yang sentiasa membantu Kak Zu sebelum ini.

Namun kehidupan Kak Zu bertambah rumit selepas banjir mega baru-baru ini. Sebelum ini Kak Zu berniaga dihadapan rumah tetapi Kak Zu kini tidak dapat lagi berniaga kerana rumah dan kedainya rosak teruk selepas banjir.

Kak Zu tersangat memerlukan bantuan anda. Selain memerlukan motosikar roda 3, Kak Zu juga memerlukan sedikit modal untuk memulakan perniagaan runcitnya yang tergendala kerana kedai musnah teruk selepas rumah dan kedainya ditenggelami air.

Rakan-rakan yang ingin menyalurkan sumbangan bolehlah disalurkan ke

Yayasan Darul Hijrah

akaun

MaybankΒ 5660 1060 9934

dan email maklumat sumbangan ke darulhijrahmalaysia@gmail.com atau whatsApp 0199877623.

Yayasan Darul Hijrah