1.  Misi Banjir di Kelantan

Ahli sukarelawan menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung yang terjejas banjir baru-baru ini di Kelantan.

misi banjir

2. Misi Banjir di Kelantan 2

Kampung Manjor yang diselia oleh team MIsi Banjir Mahasiswa, Yayasan Darul Hijrah dan (R) bermandi cahaya selepas 3 minggu bergelap. Masjid juga boleh buat solat Jumaat selepas 3 hari operasi.

banjir3-300x168

3. Laporan Perkampungan 250 Orang Sukarelawan Di Kuala Krai

Menjadikan Kg Manjor sebagai Kg Angkat dengan aktiviti utama program berfokus di Kg Manjor seperti membersih Masjid Manjor, rumah-rumah mereka yang terkena musibah banjir. Juga membekalkan Genset, pendawaian dan mentol untuk membekalkan elektrik bagi menghidupkan lampu-lampu di kawasan kampung selepas 3 minggu bergelap.

4. Ziarah Aring 2 dan Sambutan Maulid

Sekitar ziarah Aring 2 dan sambutan Maulid di sana. Kedatangan pihak YDH sedikit sebanyak membuat mereka tersenyum.Yayasan Darul Hijrah menyumbang peralatan dapur dan wang tunai. Untuk hari tersebut, pihak YDH sedang membina tandas dan utiliti asas lain.

k

5. Menyumbang Menyubur Takwa

Bantuan set solat bantuan banjir. Setiap set solat bernilai RM50.00.

10610900_949844061700835_7038163962402443158_n

6. Sumbangan Bahan Binaan

Mangsa banjir yang kehilangan rumah dan rumah rosak teruk tinggal di dalam khemah. Keperluan utama di lapangan ialah tempat berteduh dan rumah dibaiki serta didirikan sesegera mungkin. Antara bahan yang diperlukan bagi menjayakan OPS BAIK PULIH RUMAH seperti Simen ,Kayu, Tangki, Cat, Papan Lapis, Atap, Paip, Alatan Pertukangan, Besi.

bhn binaan

7. Misi Cuci dan Hidupkan Kereta di Kelantan

Misi cuci dan hidupkan kereta pada banjir di Kelantan anjuran Yayasan Darul Hijrah.

cuci2

8. Rumah Pertama Darul Hijrah

Dengan izin Allah, rumah pertama Darul Hijrah yang dipasang bumbung. Lokasi Kg.Manjor.

umah

9. Rumah Kedua Menyusul

Dengan izin Allah swt dan sumbangan teman-teman sebuah lagi rumah Darul Hijrah sedang di bina. Lokasi Kg. Manjor, Kuala Krai.

a3

10. Perlukan Sumbangan Untuk Membeli Motor Roda Tiga Kak Zu

Kak Zu daripada Gerong, Palekbang kehilangan kedua-dua belah kakinya akibat dilanggar kereta api. Mempunyai 4 orang anak dan dalam proses perceraian. Namun kehidupan Kak Zu bertambah rumit selepas banjir mega baru-baru ini. Sebelum ini Kak Zu berniaga dihadapan rumah tetapi Kak Zu kini tidak dapat lagi berniaga kerana rumah dan kedainya rosak teruk selepas banjir. Kak Zu memerlukan motorsikal roda 3 untuk memudahkannya menghantar anak ke sekolah.

1

11. Impian Kak Zu Memiliki Motor Roda Tiga Tercapai

Syukur kepada Allah, sekumpulan Alumni MRSM berjaya mengumpul wang menjayakan impian Kak Zu. Pihak YDH menjadi orang tengah yang mengurus sumbangan dan YDH menyumbang peralatan serta modal niaga untuk Kak Zu. Alhamdulillah penyerahan motor berjalan dengan lancar.

a

12. Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir

Yayasan Darul Hijrah melancarkan tabung kempen sumbangan untuk mangsa banjir “Tabung RM10 seorang”. Dana yang dikutip akan disalurkan untuk membantu mangsa banjir.

tbung 10

13. Sebelum dan Selepas Pembinaan Rumah Kekal Banjir

Rumah yang disiapkan: sebelum dan selepas pembinaan. Semua kos binaan hasil sumbangan rakan FB melalui Yayasan Darul Hijrah. Lokasi Kg. Manjor; Kuala Krai.

rumah

 

14. Kerja Bantuan Kemanusiaan

Kerja bantuan kemanusiaan atas kapasiti NGO : Yayasan Darul Hijrah terus berjalan dan mendapat liputan Al-Jazeera. Pembinaan 10 buah rumah kekal mangsa banjir oleh YDH di Kg. Manjor, Kuala Krai.

e1

 

15. Rumah Hasil Sumbangan Rakan – Rakan Penyumbang Yayasan Darul Hijrah

Aktiviti Bantuan Kemanusiaan Dan Pembangunan Utiliti Yayasan Darul Hijrah yang sedang diusahakan di lapangan :

  • Penempatan Sementara Bersepadu
  • Operasi Cuci Dan Hidup Kereta di Manik Urai
  • Pembinaan Rumah Pertama (Hari ke-6)
  • Pembinaan Tandas di Dabung
  • Penyediaan Stor Wakaf Di Kg. Laloh untuk wakaf bahan binaan (Hari ke-4)
  • Baik Pulih Rumah di Manjor Dan Karangan

ab

 

16. Kempen Infaq RM10

Pembinaan 10 buah rumah kekal mangsa banjir oleh Yayasan Darul Hijrah di Kg. Manjor, Kuala Krai dan pembinaan semula 3 buah rumah kekal di Dabong.

kebajikan10

 

17. Program Qurban & Aqiqah 2015 Anjuran Yayasan Darul Hijrah di Kemboja Sempena Hari Raya Idul Adha 1436H

Sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai orang Islam dalam menjalankan ibadah Qurban dan Aqiqah, YAYASAN DARUL HIJRAH (YDH) dengan kerjasama MAAHAD TAHFIZ QURAN DARUSSALAM ROKAPORAM TEBONG KHMOM, KEMBOJA mempelawa umat Islam turut serta dalam Program Qurban & Aqiqah yang telah dijalankan pada bulan Dzulhijjah/September 2015. Harga 1 Bahagian Lembu ialah RM 220 dan bagi seekor lembu RM 1500 sahaja.

qurban

 

18. Gambar Terkini Rumah Mangsa Banjir

Gambar terkini rumah mangsa banjir yang di bina di Dabong, Gua Musang dan Manjor, Kuala Krai. Rumah ini hasil sumbangan rakan-rakan FB saya. Yayasan Darul Hijrah sedang membina 12 buah rumah yang kos mencecah 400 ribu.

t3

 

19. Ramadhan Box & Infaq Ramadhan

Aktiviti Ramadhan Box untuk sumbangan melalui Yayasan Darul Hijrah. Usaha anak-anak kejiranan Anjung Suasana Bandar Seri Putra untuk bantuan pasca banjir Kelantan. Kiriman kotak keperluan makanan yang dihias oleh lukisan kanak-kanak. Moga usaha ini diberkati oleh Allah swt dan menggembirakan penerima.

a

 

20. Perkembangan INFAQ RAMADHAN DAN OPS PASCA BANJIR

Program Infaq Ramadhan: Satu bahagian RM 20 bagi menjayakan sumbangan 1 Keluarga 10 cupak beras. Beras ini diedar untuk kegunaan Ramadhan bagi mangsa banjir yang masih tinggal di dalam khemah dan faqir miskin di Kelantan yang memerlukan. Agihan fasa 1 dibuat minggu ini oleh YDH. Beras ini boleh digunakan untuk fidyah.Hulurkan bantuan untuk pemulihan rumahpasca banjir. Yayasan Darul Hijrah sedang membina 12 buah rumah kekal yang kosnya mencecah lebih RM 400 ribu.

pasca ad

 

21. Agihan INFAQ RAMADHAN DAN OPS PASCA BANJIR

Agihan Fasa 1 beras infaq dan Ramadhan Box oleh sukarelawan Yayasan Darul Hijrah Kuala Krai Kelantan. Infaq Ramadhan RM 20 bagi menjayakan sumbangan 1 Keluarga 10 cupak beras. Beras ini diedar untuk kegunaan Ramadhan khusus untuk mangsa banjir dan faqir miskin yang memerlukan.

pb g

 

22. Perkembangan Pembinaan Rumah Kekal Mangsa Banjir Kelantan melalui Yayasan Darul Hijrah

12 buah rumah kekal dibina oleh Yayasan Darul Hijrah . 9 buah rumah menggunkan teknologi IBS dan 3 buah menggunakan kaedah biasa. Setiap sebuah rumah nilainya mencecah RM 45,000 sebuah. Kos keseluruhan untuk rumah sahaja Rm 500 ribu.

zd

 

23. Wakaf Jiwa Untuk Projek Rumah di Kelantan

Bersama Dr Faizol dari Usim dan para Mahasiswa Ekonomi Usim akan mewakaf jiwa untuk projek rumah di Kelantan. Insyallah YDH akan bersama 311 mahasiswa Usim menjayakan projek Wakaf Mahasiswa di Kelantan untuk mereka yang diuji mega banjir Kelantan 2014

ooo

24. Bantu Azrul

Azrul diuji dengan penyakit Arthrogryposis Multiple Congenita yang berhasrat untuk menjalani pembedahan tulang belakang dianggarkan berjumlah lebih RM 34 000. Ibu ini turut kepilkan surat sokongan doktor bagi rawatan dan alat implan untuk merawat tulang belakang yang sekiranya tidak dibetulkan, dikhuatiri akan mengalami risiko lumpuh seumur hidup.

bantu azrul

 

25. Majlis Aqiqah & Qurban YDH

Langsung dari Maahad Tahfiz al Quran Darussalam, Rokapram, Kemboja.

qurbans

 

26. Bantu Adik Mira

Kisah adik Mira yang menyelongkar tong sampah untuk mencari tin dan besi untuk dijual. Muhammad kudung sebelah kaki kerana menghidapi penyakit barah tulang. Saya agak kagum dengan kecekalan beliau. Beliau bekerja keras untuk menyara adik Mira sekeluarga. Sebelum ini Muhammad pernah menjual ikan, membela biri-biri dan pelbagai kerja lagi walau dalam keadaan beliau yang tidak mengizinkan. Namun dalam tiga tahun kebelakangan ini Muhammad tidak mampu bekerja keras seperti sebelum ini kerana pelbagai penyakit yang dihidapinya iaitu darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang.

aa

 

27. Tragedi Kebakaran Pondok Tok Guru Pak Adik, Gelang Mas, Kelantan

60 pondok terbakar dan hangus.

ee

 

28. Wakaf Ternak YDH

Data rasmi menunjukkan, bekalan daging mentah dalaman negara kita sememangnya tidak memadai untuk memenuhi keperluan pasaran. Kita terpaksa bergantung 85% bekalan dari daging impot luar negara.Inilah juga asas justifikasi pihak kerajaan menyokong dan menyalurkan dana untuk projek National Feedlot Corporation (NFC), bertujuan menampung kekurangan bekalan ini. Inilah juga asas bagaimana projek ternakan kambing sebegini secara tidak langsung membantu mengurangkan masalah defisit bajet negara akibat terlalu bergantung kepada quota daging impot. Dan yang lebih utama ialah usaha untuk memperkasa industri ternakan mikro.

wd

 

29. Wakaf Kereta YDH

Selain terlibat aktif dalam pelbagai program pasca banjir mega Kelantan dan membaiki ratusan buah rumah, pihak  telah berjaya membina 10 buah rumah yang nilainya mencecah RM 500 ribu. Dalam pada itu, kita telah menggiatkan pebagai aktiviti kebajikan ke pelbagai negeri sehingga ke Kuching, Sarawak. Untuk fasa seterusnya, pihak Yayasan Darul Hijrah merancang untuk mengukuhkan lagi Sekretariat Kebajikan dan Kemanusiaan YDH. Bagi tujuan ini, pihak YDH merancang untuk memilliki sebuah kereta 4wd. Alhamdulillah, YDH telah menerima tawaran dari seorang dermawan untuk membeli sebuah kereta 4wd terpakai dengan hanya RM 15,000 sahaja bagi kegunaan Yayasan Darul Hijrah. Untuk rekod, Yayasan Darul Hijrah masih belum memiliki kereta rasmi.Dengan memiliki kereta ini, usaha sukarelawan YDH bagi menghulurkan bantuan kebajikan dan kemanusiaan dapat digiatkan lagi dengan lebih efektif.

wakaf kereta

 

30. Wakaf: Maktabah Maahad Tahfiz Quran Darussalam Rakapram Kemboja

Kemboja, negara unik yang perlu dibantu. Umat Islam di sana minoriti dan perlu suntikan semangat terutama pembangunan pendidikan. Sewaktu Hari Raya Aidiladha, Yayasan Darul Hijrah berkunjung ke Maahad Tahfiz Quran Darussalam Rakapram Kemboja untuk menjayakan Majlis Korban YDH, kami dapat merasakan masih banyak kemudahan pendidikan yang dapat disediakan buat anak-anak di sana. Maahad Tahfiz Quran Darussalam Rakapram merupakan sekolah angkat YDH.

kl

 

31. Infaq Bengkel Motorsikal Buat Adik Nik

Pihak YDH menziarahi adik Nik Maskuhairi dan bondanya yang sedang terlantar sakit. Kak Ti ibu kepada adik Nik sakit kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung. Kaki kiri bonda adik Nik pula luka parah akibat penyakit kencing manis. Adik Nik bekerja sebagai mekanik motor dan membaikinya di rumah. Ini membolehkan beliau untuk bekerja dan pada masa yang sama beliau boleh menjaga ibunya. Oleh kerana Nik berkebolehan membaiki motor dan mampu bekerja di rumah, maka adalah sangat baik jika kita mampu mengumpul dana dan memperbesarkan usahanya dalam bidang bengkel mekanikal.

 

32. 11 Anak-Beranak Terpaksa Tinggal Dalam Stor Apabila Hujan

Sebuah keluarga 12 anak beranak termasuk 2 OKU terpaksa berteduh dalam stor apabila hujan lebat kerana kuatir rumah akan roboh. Rumah Mazhan terlalu usang dan hanya menunggu masa menyembah bumi. Mazhan Mat 43 tahun berkerja sebagai tukang rumah tidak mampu membina sebuah rumah yang selesa walaupun memiliki tanah pusaka kerana hasil pendapatannya yang tidak seberapa. Gajinya hanya cukup untuk menyara makan minum sekeluarga, membayar bil eleterilk dan perbelanjaan sekolah untuk anak-anaknya. Keadaan rumah yang didiami keluarga itu cukup daif dengan banyak papan lantai bergerak-gerak apabila dipijak manakala 2 buah bilik sudah tidak dapat digunakan kerana tiang rumah serta atap sudah pun runtuh.

hijkl

Leave a Reply