DERITAMU DERITAKU # INFAQ KUPON MAKANAN SISWA

DERITAMU DERITAKU

# INFAQ KUPON MAKANAN SISWA

Saat kita mungkin kekenyangan. Rupanya ada lagi adik-adik/anak-anak siswa siswi kita yang terpaksa mengikat perut. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dengan kerjasama Yayasan Darul Hijrah bersetuju untuk sama-sama membantu mahasiswa melalui inisiatif kupon makanan; Coupon For The Needs (CFTN)

Inisiatif ini bermula pada hari ini (7 Jan 2016) di Universiti Malaya dan PMIUM serta Pak Ali Roti Canai akan menjadi penggerak utama kepada Coupon For The Needs ( CFTN) khusus buat mahasiswa yang memerlukan. 5 Zon akan dibuka dan mohon kepada mahasiswa yang sangat memerlukan untuk berhubung terus kepada wakil-wakil setiap zon di lokasi yg telah ditetapkan.

Setiap kupon bernilai RM4.00 dan menu telah ditetapkan hasil persefahaman bersama peniaga.

Justeru, Yayasan Darul Hijrah mempelawa rakan-rakan untuk menyumbang RM 4 bagi menaja seorang makan.

Bagi rakan-rakan yang ingin ikut menderma dan menyokong usaha mulia ini boleh berbuat demikian melalui # INFAQ KUPON MAKANAN SISWA ke :

Akaun Maybank
Yayasan Darul Hijrah
5660 1060 9934

dan emaikan maklumat sumbangan
ke admin@yayasandh.com atau WhatsApp slip sumbangan ke 018-359 0403 untuk tujuan resit, rekod dan audit.

atau klik SHARE hebahan ini untuk makluman rakan-rakan.

Insya-Allah usaha ini akan diperluaskan secara berperingkat.

Sekretariat Kebajikan dan Kemanusiaan
Yayasan Darul Hijrah

“DA’WAH & HUMANITARIAN”

1011045_1127117007306872_8434368528958588719_n 12487174_1127117163973523_3950942404493037257_o 12510310_1127117237306849_1072797911107420432_n (1) 12439013_1127117897306783_6165802404526676077_n 9566_1128385143846725_7522916998810937610_n

About Author

YDH

Connect with Me:

Theme Settings