Berita baik kepada warga Putrajaya dan sekitar!

Sempena musim cuti sekolah 2019, Yayasan Darul Hijrah menganjurkan Program Coding For Kids iaitu bengkel pengenalan asas teknologi maklumat berkaitan perkakasan dan pengaturcaraan komputer, khusus kepada kanak-kanak yang berusia antara 10 hingga 12 tahun secara PERCUMA!

Para peserta akan berpeluang untuk memahami dan menulis program mengikut kreativiti sendiri berdasarkan latihan yang diberi.

Tuan/ puan hanya perlu mendaftar secara ‘online’ dan tuan/puan akan dimaklumkan sekiranya mendapat tempat dan juga pengesahan daripada pihak YDH.

Kelebihan mengikuti program ini?

✏Pendedahan awal kanak-kanak terhadap teknologi maklumat termasuk perkakasan, pengaturcaraan terutama yang berminat dengan dunia ICT
✏Mengembangkan skill kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah yang berkait seperti ‘critical thinking’ dan ‘soft-skills’
✏Mencabar minda kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif dalam menghasilkan idea-idea inovatif
✏Menambahkan pengetahuan tentang set arahan dalam pengaturcaraan serta istilah dalam pengaturcaraan seperti ‘algorithm’, ‘sequence’, ‘repetition’, ‘run’, ‘debug’, ‘loop’ etc
✏ Peserta juga turut diberikan sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan.

Program ini akan berlangsung secara dua sesi.
Sesi 1 : 9am – 12pm
Sesi 2 : 2pm – 5pm

📆 Tarikh: 17 December 2019

🏢Tempat : Pejabat Yayasan Darul Hijrah,
Jalan P9e/1, Presint 9,
62250 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Makanan akan turut disediakan kepada peserta!
Tempat adalah terhad kepada 10 orang sahaja untuk setiap sesi!

Daftar sekarang dengan klik pada link ini!
https://forms.gle/e7VsEQteb3SRcGeD7

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan kami melalui nombor : http://wa.me/60183590403