Catitan Misi Kemanusiaan YDH Untuk Mangsa Perang Syria

Catitan Misi Kemanusiaan YDH Untuk Mangsa Perang Syria
DSC_1952-1024x683
بِأَيِّ ذَنبٍ قُتِلَتْ
‘atas kesalahan apakah (anak-anak dan orang yang lemah) dibunuh’ – Takwir: 9
Semasa di Turki:
1. Melawat bangunan cadangan penempatan 40 orang anak yatim Syria di Istanbul bersekali kelas pembelajaran – kelolaan Omari Society for Orphans. (www.omariorphan.com)
2. Mendengar taklimat Omari Society for Orphans di pejabatnya di Istanbul:
– menyelia 7,000 anak yatim di tujuh buah kem iaitu di Idlib, Dar’a, Aleppo, Damsyik, Jordan, Lubnan dan Geylanpinar, Turki. Termasuk 550 dari mereka adalah yatim piatu.
– menampung perbelanjaan bulanan 600 keluarga pelarian Syria yang miskin
3. Melawat sebuah sekolah rendah dan sekolah menengah untuk anak-anak Syria yang berada di Wilayah Hatay, Turki kelolaan IDKA (Humanitarian Solidarity Association For Development), sebuah NGO Turki berpusat di Hatay.
Bandar Raihanli dalam Wilayah Hatay adalah benar-benar bersempadan dengan Syria.
Di Hatay, terdapat lebih setengah juta muhajirin Syria.
4. Melawat pejabat IDKA dan bertemu dengan Pengerusi IDKA, Abdul Razak Yildis. (www.idkader.com)
Di bawah IDKA, terdapat lima buah sekolah dibiayai melalui derma orang ramai khusus untuk anak-anak Syria.
IDKA juga membantu dan mengolakan bentuk bantuan kemanusian yang lain kepada mangsa perang Syria.
5. Terdapat juga anak-anak pelarian Syria di sini yang tidak bersekolah kerana kemiskinan ibu bapa.
Sebahagian besar keluarga Syria di sini berkongsi menyewa rumah-rumah.
Mana-mana pihak yang ingin membantu menyekolahkan anak-anak pelarian yang miskin boleh membantu melalui kerjasama YDH/IDKA.
6. Melawat dua rumah kelolaan persendirian menempatkan mangsa yang cedera, sama ada kanak-kanak atau orang dewasa.
7. Pelbagai bentuk kecederaan wujud, samada kemurungan, kudung kaki, barah darah akibat keracunan, hilang penglihatan atau pendengaran atau luka.
8. Keadaan rumah adalah bersih tetapi kekurangan makanan berzat dan rawatan pemulihan yang sewajarnya. Kekurangan kewangan untuk penyeliaan rumah-rumah ini, selain keperluan bantuan kewangan untuk penghuninya.
9. Mengadakan jamuan tengah hari untuk 84 anak yatim piatu di bandar sempadan Turki-Syria iaitu Geylanpinar. (masuk print screen peta tunjuk bandar Geylanpinar)
Kami mendengar pelbagai aduan dan pesanan anak-anak kecil ini atau penjaga mereka.
Majlis turut disertai oleh Mufti Wilayah Geylanpinar dan Ketua Polisnya.
 
10. Menemui Pengerusi dan Pengarah serta Jawatankuasa NGO kemanusian Turki untuk Syria yang lain iaitu Care dan membincangkan bentuk kerja sama antara YDH dan Care.
Care mempunyai pelbagai inisiatif kemanusiaan untuk mangsa perang sama ada di Turki atau Syria, seperti kilang roti percuma, sekolah, khemah penempatan dan bantuan kesihatan.
Program dan Tindakan Lanjut
1. Menyampaikan derma orang ramai melalui YDH kepada Omari Society for Orphans sebanyak RM 95,000 setakat 9 Januari 2017.
2. Menyampaikan sumbangan kewangan kepada dua rumah untuk kecederaan di Raihanli sebanyak 1,200 Euro setiap sebuah.
3. Mengadakan jamuan tengah hari untuk menghiburkan anak yatim piatu Syria di Geylanpinar.
4. Mengadakan Program Kafalah Al Aitam untuk anak-anak yatim Syria bersama Omari.
Program anak angkat ini membolehkan setiap anak yatim di bawah jagaan Omari dibiayai secara tetap sebanyak USD 50 setiap bulan.
Senarai anak yatim ini boleh didapati melalui YDH.
Setakat ini, seramai 20 orang telah mempunyai penaja.
Tajaan adalah untuk anak berkenaan sampai berumur 15 tahun atau mengikut kadar kemampuan masing-masing.
Setiap penaja akan diberikan laporan dan interaksi dengan anak tajaan mereka.
5. Mengadakan trip kedua pada akhir Januari atau awal Februari.
– Antara lain, memasuki Syria untuk melawat kem di Idlib dan kawasan sekitar.
– Membawa doktor perubatan untuk membantu menasihati bentuk rawatan yang diperlukan bagi anak-anak yang cedera.
– Meninjau beberapa kem dan inisiatif kemanusian di beberapa lokasi yang lain di sempadan Turki-Syria
– Hadhir dalam perasmian pusat penempatan anak yatim kelolaan Omari di Istanbul
6. Bekerjasama dengan IDKA dan Care dari semua segi, selain Omari, termasuk info, lawatan, pertukaran sukarelawan, kutipan sumbangan dan pelan kemanusiaan yang lain.
7. Membantu Omari mendapatkan pembiayaan bagi penyeliaan penempatan anak yatim di Istanbul bersekali persekolahan mereka serta pembiayaan kem-kemnya yang lain.
8. Membantu IDKA mendapatkan pembiayaan bagi sekolah-sekolahnya untuk anak-anak Syria.
9. Menempatkan sukarelawan YDH bersama IDKA, Omari dan Care bagi kerja-kerja sukarela dan latihan.
10. Mendedahkan lebih banyak maklumat, situasi sebenar dan penderitaan yang dialami oleh mangsa perang Syria untuk mobilisasi sumbangan dan bantuan di Malaysia.
11. Menganjurkan penerangan mengenai keadaan mangsa perang Syria oleh ngo-ngo yang disebutkan di negara ini.
Untuk sebarang pertanyaan dan kerjasama hubungi 018-359 0403.
 
YB Dato Husam Musa
Yayasan Darul Hijrah

About Author

YDH

Connect with Me:

Theme Settings