a

Berbekal harapan yang besar bonda kepada Awang Mohd Azrul Jaya yang beralamat di Kuching, Sarawak telah menulis surat kepada Yayasan Darul Hijrah untuk memohon bantuan bagi menampung yuran pembedahan anaknya. Azrul diuji dengan penyakit Arthrogryposis Multiple Congenita yang berhasrat untuk menjalani pembedahan tulang belakang dianggarkan berjumlah lebih RM 34 000. Ibu ini turut kepilkan surat sokongan doktor bagi rawatan & alat implan untuk merawat tulang belakang yang sekiranya tidak dibetulkan, dikhuatiri akan mengalami risiko lumpuh seumur hidup.

b c

Bagi pihak YDH, kita telah berhubung dan mengesahkan yang keluarga ini perlu dibantu tambahan pula. Anak istimewa ini, Azrul merupakan anak ke 3 daripada 5 orang adik beradik yang kesemunya masih belajar. Anak yang sulung berusia 20 tahun dan yang bongsu berusia 11 tahun. Berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah yang ayahnya bekerja sebagai pembantu tadbir manakala ibunya sebagai suri rumah.

12115540_1086452884706618_7299929685967746722_n

Justeru saya merancang untuk sama kita membantu sekadar termampu. Kami akan war-warkan pada 4 kali Jumaat sebagai Infaq Jumaat. InsyaAllah, wakil YDH akan ke Kuching bagi
menyerahkan sendiri sumbangan ini pada minggu kedua Oktober.
Hulurkan sumbangan walau nilainya sekecil RM 10.
Ia tanda kasih persaudaraan melangkaui sempadan dan tanpa syarat.

Rakan-rakan yang ingin menyalurkan sumbangan BANTU AZRUL boleh berbuat demikian melalui sedekah, infaq, dan zakat ke akaun Maybank :

ikl

# Mohon setiap sumbangan dimaklumkan atas tagline BANTU AZRUL dan slip sumbangan di wassap ke talian YDH; 018-359 0403 atau melalui email darulhijrahmalaysia@gmail.com untuk tujuan rekod dan audit.

Mohon kongsikan/share di wall Fb rakan-rakan.

# Wang Kutipan Setakat 1 pm 30/9/2015 ialah RM 8550.