lo

Jutaan terima kasih kepada Kapten Ismawi (Is Mawi) Setiausaha Kerja Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan dan “page Sukan Star Tv” yang menyiarkan kisah adik Mira. Kisah adik Mira yang menyelongkar tong sampah untuk mencari tin dan besi untuk dijual telah viral di alam maya.

Saya mewakili Yayasan Darul Hijrah (YDH) turun menziarahi keluarga adik Mira dan ingin turut membantu sekadar termampu. Terima kasih kepada Is Mawi yang memberi maklumat tempat adik Mira sekeluarga tinggal.

Saya bersama teman Ahmad Syafwan bendari NGO Angkatan Prihatin sampai dirumah adik Mira jam 4.00 petang. Kami disambut mesra oleh Encik Muhammad yang berumur 61 tahun. Muhammad kudung sebelah kaki kerana menghidapi penyakit barah tulang.

lk

Saya dan teman masuk ke rumah Encik Muhammad dan kami bersembang. Saya agak kagum dengan kecekalan beliau. Beliau bekerja keras untuk menyara adik Mira sekeluarga. Sebelum ini Muhammad pernah menjual ikan, membela biri-biri dan pelbagai kerja lagi walau dalam keadaan beliau yang tidak mengizinkan.

Namun dalam tiga tahun kebelakangan ini Muhammad tidak mampu bekerja keras seperti sebelum ini kerana pelbagai penyakit yang dihidapinya. Darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang menyebab Muhammad tidak dapat bekerja sebelum ini. Dimana beliau terpaksa menjual biri-biri yang dibelanya sebanyak 20 ekor kerana tidak mampu bekerja kuat seperti sebelum ini.

Saya melihat keadaan rumah dan bertanya apa keperluan yang boleh kami YDH bantu. Muhammad minta jika boleh beliau mahu ubat darah tinggi kerana telah lama tidak mengambil ubat darah tinggi. Saya segera meminta izin daripada beliau untuk terus membeli ubat sakit darah tinggi.

Kami mengajak anaknya Mohd Halim (6 tahun) dan Mohd Adli (8 tahun) turut bersama. Mereka minta kami belikan selipar kerana mereka tidak mempunyai selipar. Adik Mira dan kakaknya Nur Ayuni turut bersama.

Kami bercadang untuk membeli pakaian sekolah kepada meraka tetapi di Pantai Timur Pengkalan Chepa hanya menjual barangan persekolahan menjelang cuti sekolah atau awal tahun. Saya menawar untuk membeli baju kepada mereka dan minta mereka pilih sendiri. Adik Mira minta izin untuk dibeli kepada ibunya. Tersentuh hati mendengar pertanyaan adik Mira. Tetap ingat kepada ibunya.

Selepas membeli selipar dan pakaian saya minta untuk mereka membeli biskut atau makanan ringan. Mereka memilih makanan yang mereka suka. Gembira melihat senyuman mereka ketika memilih pakaian dan makanan.

Kami bertanya adakah mereka sudah makan. Mereka menjawab mereka masih tidak makan. Kami bawa mereka ke Marrybrown Pengkalan Chepa. Mereka makan sedikt sebab ingin bungkus dan makan bersama ayah dan ibu mereka.

mk

Sebelum balik saya ke farmasi membeli ubat dan tongkat kepada ayah Mira. Dalam perjalanan kami berbual-bual. Adik Mira tersangat suka dunia penternakan. Beliau berimpian untuk membeli biri-biri. Adik Mira mahu membela biri-biri seperti ayahnya. Ayahnya pernah membela 2 pasang biri-biri dan dalam 3 tahun membiak sehingga ke 20 ekor biri-biri.

aa

Adik Mira juga membela beberapa ekor burung puyuh dibelinya hasil dari jualan tin dan besi yang dicarinya. Adik Mira tunjuk tempat beliau membeli burung puyuh. Tidak jauh dari rumahnya. Saya menawarkan untuk membeli burung puyuh lagi jika adik Mira berminat. Ternyata adik Mira benar-benar minat bidang penternakan.

Saya membeli 20 ekor burung puyuh kepadanya. Di dalam kereta adik Mira tidak henti senyum. Mungkin gembira dapat 20 ekor burung puyuh. Adik Mira menceritakan dia terpaksa membela burung puyuh ini di dalam rumahnya kerana dikhuatiri dicuri. Adik Mira bukan sahaja membela burung puyuh, adik Mira turut membela ayam, itik, burung ikan dan pernah membela angsa tetapi telah dicuri.

Sampai dirumah saya saya sempat melihat Muhammad sedang membaiki bangsal tempat membela itiknya. Kecekalan Muhammad benar-benar membuat saya insaf. Kekurangan yang ada padanya tidak pernah menjadi penghalang baginya untuk berjaya.

Adik Mira sempat tunjukkan kepada kami tempat dia membela itik, ayam, burung puyuh, merpati dan tempatnya bercucuk tanam. Adik Mira benar-benar cinta dan minat bidang penternakan.

ju

Sebelum balik kami bertanya kepada Miuhammad dan isteri barang-barang diperlukan.
Diantara barang-barang yang diperlukan mereka

1. Almari
2. Mesin basuh
3. Zink

Sebelum balik saya bertanya kepada adik Mira jika ada binatang ternakan, binatang apa yangh paling diminatinya. Adik Mira pantas menjawab biri-biri. Selain untuk membeli barangan keperluan Muhammad sekeluarga, saya bercadang untuk membeli biri-biri dan itik kepada adik Mira. Minat dan kebolehan menternat dan bercucuk tanam memang terselah. Setiap binatang ternakan dibela dengan baik.

Rakan-rakan yang ingin menyalurkan sumbangan BANTU ADIK MIRA boleh berbuat demikian melalui sedekah, infaq, dan zakat ke akaun Maybank :

Yayasan Darul Hijrah

5660 1060 9934 (Maybank).

# Mohon setiap sumbangan dimaklumkan atas tagline BANTU ADIK MIRA dan slip sumbangan di wassap ke talian YDH; 018-359 0403 atau melalui email darulhijrahmalaysia@gmail.com untuk tujuan rekod dan audit.
Mohon kongsikan/share di wall Fb rakan-rakan semua.

Hazmi Hassan
Ketua Koordinator YDH
3 Oktober 2015