
Terima kasih para penderma.
Agihan Baju Raya Anak Yatim Syria 2019??
Aidilfitri bakal menjelang tiba, sudah pasti pelbagai persediaan telah kita lakukan untuk menyambut hari mulia ini setelah mengerjakan ibadat puasa selama sebulan. Begitu juga buat anak-anak yatim Syria, Aidilfitri juga amat bermakna buat mereka di sana.
Agihan baju raya buat anak yatim di Kem Al-Faruq (kem pelindungan anak yatim Syria), Ar-Malah (golongan balu) dan Al-Birwataqwa di Atmeh Utara Syria. Agihan berjaya dilaksana hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Kali ini YDH mensasarkan sebanyak 1000 pasang baju istimewa buat anak-anak ini.
Sabda Rasulullah SAW:
*“Aku dan orang-orang yang melaksanakan kafalah/pembiayaan/penjagaan anak yatim, di syurga nanti seperti ini (sambil menunjukkan dua jarinya-bermaksud jaraknya amat dekat).”*–Hadis Riwayat Bukhari
Berdasarkan hadis baginda, jelas menunjukkan kelebihan buat mereka yang memelihara dan menyantuni anak.
Terima kasih para penderma.