July 2, 2018 Comments are off YDH

Tawaran Menyertai Program Qurban & Aqiqah 2018

Anjuran Yayasan Darul Hijrah​ di Kemboja Sempena Hari Raya Idul Adha 1439H/2018.

Sebagai memenuhi tanggungjawab dalam menjalankan ibadah Qurban dan Aqiqah, YAYASAN DARUL HIJRAH (YDH) dengan kerjasama MUASSASAH DARUSSALAM ROKAPORAM TEBONG KHMOM, KEMBOJA mempelawa umat Islam turut serta dalam Program Qurban & Aqiqah yang bakal dijalankan pada bulan Dzulhijjah/Ogos 2018 ini. YAYASAN DARUL HIJRAH merupakan pertubahan kebajikan bukan bermatlamat untuk keuntungan yang berdaftar di Bah. Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri.

MUASSASAH DARUSALLAM , ROKAPORAM TEBONG KHMOM, KEMBOJA merupakan sebuah institusi pendidikan dan dakwah yang berdaftar dengan Kerajaan Kemboja dan dibantu penuh oleh Yayasan Darul Hijrah. Pada tahun lepas sahaja sebanyak, 150 ekor lembu telah dikorbankan melalui program ini. Uniknya Program Qurban & Aqiqah ini dijalankan sendiri oleh pihak MUASSASAH Darussalam bersama orang kampung dan wakil-wakil masjid serta dibantu pengurusan oleh Yayasan Darul Hijrah Malaysia .

Koleksi foto-foto Ibadah Qurban & Aqiqah boleh diakses di :

Tahun 2015: https://goo.gl/X6DWQH

Tahun 2016: https://goo.gl/eFptCD

Tahun 2017: https://bit.ly/2N22KdZ

Untuk tahun ini, pihak YAYASAN DARUL HIJRAH membuka lagi peluang kepada umat Islam Malaysia untuk turut serta sekaligus membantu muslim Kemboja yang minoriti dan dihimpit kesusahan.

Harga 1 Bahagian Lembu ialah RM 250 &
bagi seekor RM 1750 sahaja.

Penyertaan adalah terhad.
Pendaftaran boleh dibuat melalui langkah-langkah berikut :

LANGKAH 1: TANYA KEKOSONGAN QURBAN/AQIQAH TERUS KPD YDH
Melalui whatsapp/SMS/telefon ke Hotline YDH : 018-359 0403

LANGKAH 2: BUAT BAYARAN
Bayar ke akaun MAYBANK 5660 1060 9934 (Yayasan Darul Hijrah) dan kirim bukti pembayaran ke whatsapp 018-359 0403 atau email ke alamat email rasmi admin@yayasandh.com

LANGKAH 3: ISI BORANG AKAD QURBAN
Borang boleh diisi di ruangan bawah ini

LANGKAH 4: TERIMA RESIT
Apabila pihak YDH telah mengesahkan penerimaan bayaran, pihak kami akan mengeluarkan resit rasmi dan akan dikirim secara online(email/whatsapp).

LANGKAH 5: UPDATE PROGRAM QURBAN & AQIQAH
Pihak YDH akan memberi maklumat dari masa ke semasa mengenai perjalanan ibadah Qurban. Tuan/Puan boleh mengikuti di laman FB : https://www.facebook.com/yayasandarulhijrah/.

Selamat Menyempurnakan Ibadah Qurban&Aqiqah.

Sekretariat Kebajikan Dan Kemanusiaan
Yayasan Darul Hijrah