December 6, 2017 Comments are off YDH

WAKAF TUBE WELL ROHINGYA

 

Harta yang sebenar bukanlah material yang berharga kita miliki sebaliknya harta ialah apa yang kita mampu berikan kepada manusia lain dengan penuh kasih sayang.

Hidup ini adalah sukar, hari-hari yang dilalui semacam tiada harapan namun yang melunakkan perasaan itu adanya persahabatan, persaudaraan, kasih sayang dan kesucian hati seseorang manusia terhadap kita.

Adakala kita bertemu dengan seseorang, dia bagaikan tuhan, memahami dan membantu kita bila kita kesusahan. Jiwa yang baik tidak terdapat melainkan pada manusia yang baik juga. Alangkah baiknya jika kita seperti hujan bilamana kita jatuh atau di mana kita pergi pasti kita memberi manfaat kepada orang lain.

Hati yang baik datang dari seorang yang ingin kebaikan kepada semua orang tanpa pengecualian, dia percaya bahawa kebahagiaan orang lain tidak akan diambil dari kebahagiaannya, kekayaan yang dinikmati oleh orang lain tidak mengurangkan kekayaannya, kesihatan orang lain tidak akan membawa kesakitan padanya.

Ya, Allah aku berdoa kepada mu agar menganugerahi aku kebahagiaan dan kesihatan buat diri ku, keluargaku, kawan-kawanku dan semua manusia lain. biarlah dikala aku senyum mereka juga senyum seeprti ku.

Salam Hormat
*Yayasan Darul Hijrah*

Gambar wakaf tube well bantuan kecemasan Rohingya di Lokasi Kem Balukhali, Bangladesh.