
Cuaca musim sejuk yang mencecah 2Β°C dan hujan lebat yang mula turun di kawasan barat laut Syria mengakibatkan keadaan yang tidak selesa, kesejukan dan kelaparan bagi saudara-saudara kita di Syria. Nyawa mereka terutamanya kanak-kanak terancam jika keadaan ini berterusan.
Hingga kini, dilaporkan bahawa 12 juta orang di seluruh Syria yang memerlukan perkhidmatan kesihatan, 2.7 juta daripadanya tinggal di barat laut Syria, dan 500.000 daripadanya tinggal di selatan Idlib.
Atas rasa tanggungjawab dan kasih sayang, Yayasan Darul Hijrah dengan kerjasama Omari Society for Orphan meneruskan misi untuk menjaga kebajikan saudara kita di Syria terutamanya untuk menempuhi musim sejuk.
Sumbangan akan digunakan untuk menaja makanan dan minuman anak-anak yang berada di kem perlindungan Idlib.
Untuk rekod, YDH sudah terlibat dengan beberapa misi bantuan kemanusiaan di Syria seperti penajaan anak yatim, program qurban, iftar Ramadan dan sumbangan hari raya sejak tahun 2016.
Sumbangan Tuan/Puan boleh disalurkan:
https://www.billplz.com/PackMakanan4Syria
atau disalurkan terus kepada
Yayasan Darul Hijrah
Maybank: (5660 1060 9934).
Email: admin@yayasandh.com utk urusan resit.
Untuk pertanyaan, boleh berhubung melalui:
Call/Whatsapp: 018-3590403
“Satu suap kau masukkan ke dalam perut orang yang lapar lebih baik dari membangun seribu masjid Jami’. Dan lebih baik dari memberi kiswah Kaabah dengan kain suter. Dan lebih baik dari orang yang qialmulail dan rukuk. Dan lebih baik dari berjihad melawan kekafiran dengan pedang yang terhunus. Dan lebih baik daripada berpuasa sepanjang tahun waktu panas.
Jika tepung itu masuk ke dalam perut orang yang lapar, maka ia mempunyai cahaya matahari yang terang benderang.
Sungguh beruntung bagi orang yang memberi makan kepada orang lapar.” π€²π»
Sekretariat Kebajikan & Kemanusiaan Yayasan Darul Hijrah.
Selasa, 21 Januari 2020 π±